Satu Hari di Pusat Servis KeretaTergelak bila suami Mami cerita semasa dia hantarkan kereta BMW kepunyaan Mami untuk servicing di Kampung Arang Service Centre setahun yang lalu.
Kisahnya begini. Selepas parking kereta di service bay, suami Mami si CM tu (bukan centimetre eh, tapi Cinta Mami lah), dia pun masuk sembang di lobby. Katanya ada beberapa abang abang Melayu. So mereka pun tanya si CM : "Tuan awak tinggal mana ?" Reaksi CM selamba tersipu sipu, "Tak...ni kereta saya punya sendiri". Apalagi dalam hati dia berkata-kata: "Ingat muka aku ni drebar ke?". Benganglah abang tu tak kena gaya. Lepas episod tu ada lagi satu abang drebar yang bawa kereta majikannya untuk servis kereta menyapa CM, :"Kereta Boss awak apa series?" Sekali lagi abang Melayu tu ingat suami saya seoarang drebar! Tapi bila CM tersengih katakan ia kereta isterinya, abang tu tak kena gaya. Hmmm yang hairan kenapa sesama Melayu suka stereotype kan MELAYU kalau memandu kereta mewah hanya layak jadi drebar ! Kenapa Melayu tak mampu memiliki kereta mewah ke? Lagi satu insiden bila pertama kali Mami dan suami ke showroom Performance Motor di Alexandra ingin meninjau beli BMW baru....Geramnya Mami semua penjual kereta tu tak layan dan pandang pun Mami yang bertudung ni !!! Yelah kita kan Melayu, mana mampu beli BMW kan....sering menjadi perkara biasa di kotak fikiran orang bukan Melayu tu. Dalam kesibukan mereka tak layan Mami, ada satu Saleswoman yang bernama Pam dia tanya: "Anyone serving u yet?" Walaupun dia dalam kesibukan melayan pelanggan lagi dia sempat menyapa kami. Akhirnya lepas test drive dan negotiate harga Mami confirm beli BMW523i baru tau. Yang lain salesmen tu melopong tak dapat sales deal dengan Mami. Tu lah pandang orang Melayu semacam jer...padan muka diorang! Bukannya ape Mami timbulkan cerita ni, kan kini kian ramai Malayu dah maju. Mami turut rasa bangga bila semakin ramai Melayu dah mampu berkereta mewah. Secara tak langsung menaikkan taraf kedudukan orang Melayu kita kan. Bangsa kita harus maju. Bukan terkulai layu. Kita harus memegang teraju. Bukan setakat melopong mata kuyu……ok lah kawan, Mami rasa lapar ni nak jamah kuih Bahulu yang baru dibeli dari Giant di Plentong. Tata….. |





